Pages

Thursday, April 11, 2013

Jom balik mengundi. Dah beli tiket belum?

Semalam saya dah book tiket flight nak balik mengundi.  Semangat nih.  Masa tu agak banyak lagi option, dan harga pun not so bad.

Tapi hari ni, saya tengok flight nak ke Kota Bharu dah macam goreng pisang panas...  Yang gambar-gambar kat bawah ni untuk ke Kota Bharu for 1 adult dan 1 child (saya dan anak je la balik dulu).  Suami mengundi di KL je.


Air Asia siap buat sale for GE lagi...

Kota Bharu punya penangan.  Yang promo RM29 tu dah habis on the 3rd.  On the 4th laaagi la.  Tinggal la harga ala-ala MAS (tanpa bagasi lagi ni).

 
MAS pun sama...

Fire Fly not so bad.  Boleh beli lagi as of today.  Tapi harga..gulp!.

Lega jugak dah settle bab-bab tiket ni sebab orang Pantai Timur ni memang ramai kerja kat Lembah Klang dan Putrajaya.  Jadi bila semua nak dan kena balik at the same place and time, memang havoc la.  Kan best kalau peluang kerja kat sana sebanyak kat KL ni.. senang cerita.

Anyway, cepat-cepat! Mana-mana yang rasa nak balik ngan pengangkutan awam bersayap ni, sila cepat-cepat.  Kalau balik ngan kereta memang tak sanggup rasanya.  Boleh bawak sampai ke 24 jam perjalanan kalau tak kena perkiraan.

P.s.:  Undi anda amat berharga :).

8 comments:

  1. untung ler dapat balik nek flight...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa.. ada anak kecik.. kesian naik keta 8-10 jam

      Delete
  2. selamat mengundi nanti. memang elok ambik pergi balik, jalan pun mungkin jem. alhamdulillah, betul2 menunaikan tanggungjawab, modal besar juga ni...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. modal besar tak pe sebab merangkap balik kg jumpa parents..

      Delete
  3. Saya pun balik ngundi kat kb.blk satu famili hihi.mesti jem la ni.tp best plak blk reramai time cenggini.meriah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena siapkan makan minum dalam keta...(toilet bergerak tak de orang cipta ke?)

      Delete
  4. mengundi dengan bijak ye elly...

    ReplyDelete