Pages

Wednesday, October 07, 2015

Dah nak darjah satu - ibu yang stress

So my son akan masuk darjah 1 next year.  Walaupun masa tu dia baru turn 6, tapi it's ok.

So sebagai ibu, bila anak pertama, err the only child, nak masuk darjah satu memang la kelam kabut/ jiwa kacau.  

Bukan fikir pasal uniform, text books, yuran etc yang nak kena bayar atau beli, tapi more kepada sekolah mana, ok ke sekolah tu?  Boleh ke anak kita yang always seems to be so small and fragile ni nak beli makan kat kantin?  Tak kena tipu ke nanti?  Healthy ke?  Kalau bawak bekal (kalau dia nak bawak) tak kena paw ke nanti :D.

Budak-budak sekolah nanti ok ke?  Cikgu helpful ke?  Akan stress tak dia?  Bila nak join sukan-sukan lak?

How about sekolah agama, perlu ke? baru darjah satu kott, tak penat ke dia? tapi kalau tak hantar, tak ketinggalan ke dia nanti?  Dan sekolah-sekolah ni nanti dapat ke bantu dia jadi manusia yang berjaya/berguna?  All sorts of intangible items hehe..

Tapi walau pening macam mana pun tetap kena harung juga.

Kena bagi pendidikan pada anak juga.

Kena let go juga.

Sekolah kebangsaan dah settle, dapat yang dekat dengan rumah.  Although jauh dari office saya ni, abahnya ada untuk tolong uruskan.  

Sekolah agama pun insya allah akan settle dalam masa terdekat.  Walaupun berbelah bagi nak hantar ke tidak, sebab saya asal Kelantan, dan kat sana tak ada 'sekolah agama' per se.  Cuma ada kelas fardhu ain, which is totally not compulsory dan tak de exam bagai.  So saya tak boleh nak imagine anak saya ni going to 2 schools every day.

My personal justification untuk hantar ke sekolah agama cuma 2 point: 
1. saya tak nak dia ketinggalan, 
2. saya tak nak dia ada too much time yang menyebabkan dia get involved with something yang tak sepatutnya.  

Zaman dulu dengan zaman sekarang lain.  Dulu-dulu lepas balik sekolah, kami still ada dirumah, main dirumah, ajak kawan-kawan.  Tak ada exposure pada online games, or activity sosial yang menakutkan.  Tak de budak-budak kena culik.

And my husband and I insya allah akan cuba not to stress him with 'ambitious' or shall I say 'fictitious' exam results.  Let him have his childhood memory yang fun and full of life.  Sebab bagi saya, belajar tentang jati diri / self identity/ survival adalah lebih penting if not same as academic.


Monday, September 14, 2015

Have you ever feel so empty/lost?

I don't know if this is a religion thing, a hormone thing, a career dissatisfaction thing, a boring-life thing, a never-ending-mouse-running thing, but I am feeling EMPTY/LOST now.

Don't get me wrong, I love my family so dearly.  I love my friends and all those around me.  Tapi still I feel empty.

I can't exactly pin point kenapa and macamana rasa empty tu tapi I feel empty, sometimes lost, sometimes macam waiting for something to happen but have no control of.  Sometimes rasa macam to stop doing every thing and do nothing.  Sometimes rasa TIRED of everything.  Sometimes.... a combination of every thing.

I use to write jokingly about zombie.  But the real thing is I am the one that feel like zombie.

Hope this don't last because:


Let's read.

And just wait and see what I would feel tomorrow.

So pissed off right now. Poslaju.. you let me down big time!

Haish.. macam mana nak start entah lah.  Bila tengah geram..

As most people know, kebanyakkan material untuk hijab pin saya adalah diimport.  US, China, Canada, Scotland, Russia pun ada.  So definitely la semuanya diposkan kepada saya kat Malaysia ni.  Kalau saya kaya, saya dah terbang sana sini pickup sendiri.  Tapi kalau saya kaya, saya takkan buat business pun.  Saya akan buat untuk diri sendiri je hehe.

Anyway, bila parcel-parcel ni masuk Malaysia, haruslah guna Pos Malaysia atau Poslaju.

So, nak dijadikan hangin satu badan, parcel tak sampai, Notice slip tak de, ketuk pintu pun tak dak, alih-alih bila tengok tracking, parcel tu dah sampai ke US nun balik!!.  Haddoiiiiii, if I'm the cursing type, I would have cursed all the *tooot* words all day!!.  Punya sakit hati.

RM40 kotttt kalau nak suh pos balik.

Dengan RM tengah drop nih.

Sakit.

Friday, July 10, 2015

Hari Raya the aftermath nanti...

Alhamdulillah, dah tinggal a few days saja lagi untuk kita completekan Ramadhan.  A few days juga lagi kita akan menyambut Hari Raya.

As a worker, memang saya sangat happy, dapat cuti dan spend more times dengan family.  Tambah pulak kali ni parents datang raya di KL.  Hehe, dapat la save bajet sikit untuk travel ke KB.

Tapi sebagai peniaga dengan business sampingan tapi dah merangkap 'second critical' source of income ni, memang agak risau jugak bila musim raya.  Bila duk baca kot internet, banyak yang kata selalunya bisnes akan slow bila musim raya.  Antara factor nya sebab customer dah spend so much untuk preparation raya.  So now ramai yang akan berjimat.  Saya pun sama.

So sekarang ni tengah fikir macam mana nak maintain sale.. Ada a few strategies yang nak buat tapi kena study dulu feasible dan menguntungkan atau tak.  Masih banyak yang kena belajar.  May be I should read some books on this.


Monday, June 08, 2015

Ramadhan.. mengharap yang terbaik!

Salam!! Dan lama tak tulis hal-hal personal kat blog ni.. maklumla asyik "busy" ngan "business" kat sebelah tu...

Pejam celik pejam celik, Ramadhan dah nak kembali menjengah.. 10 hari saja lagi.  Sempatkah?  Insya Allah... amin amin amin...

Saya tak mengharapkan sesuatu yang terlalu bagus atau pahala melimpah ruah, sebab saya sejujurnya tidak layak.  Bukan saya tak nak.  Saya cuma harap saya berubah. Berubah jadi lebih baik.  Itu sahaja.. simple.  Bonus-bonus lain dalam bulan Ramadhan ni saya rasa sangat tinggi untuk saya capai.  So saya mengharap belas ehsan sahaja dari Allah untuk kurnia kan walau sedikittttt pahala untuk amalan baik saya dalam bulan ini..(harap ada).

Dah 40 tahun dah pun.... 

Selamat Menyambut Ramadhan!  Maaf zahir dan batin.


Friday, May 08, 2015

Perluke saya risau?



Adakah alien sedang bercakap dengan Anak?  


p.s: penangan Minecraft!

Wednesday, April 29, 2015

Dah setahun buah pinggang ku meninggal

Ho ho ho, macam scary je bunyi tajuk tu kan.. hehe.. 

Tanggal 23 April 2015 hari tu cukup setahun operation saya buang tumor di buah pinggang.  Termasukla buah pinggang kanan sekali.  Syukur syukur syukur Alhamdulillah.  Itu saja yang saya mampu cakap.  Kesihatan memang sangat precious!.  Syukur masih mampu bekerja, berjalan.. hidup!.

Bila baca balik article yang saya tulis tu, brings back all the memories.  The good, the bad, semua teringat balik.  Teringat jugak how my husband and son tak balik rumah for 10 days.  Berkampung dibilik hospital.  Terima kasih yang tak terhingga! (I said it verbally to En. Suami too hehe). 

Ok people, back to work! :)




Monday, April 27, 2015

Lari dari rumah.

Kitorang ni memang jenis suka lari dari rumah secara mengejut.  So last weekend kitorang lari ke kampung angkat kami.. Cameron Highland.

Tujuan utama nya sebab nak bercuti.  Tujuan kedua, nak cari tempat sejuk.. oversea tak mampu la kot...  Tujuan ketiga, rasa malas nak kemas rumah hahaha.. so cari tempat menyepah la ni.

So bila dah decide nak ke Cameron tu, mesti la cari tempat duduk kan.  So cari-cari, rasa nak try Snooze Too Hotel lah.  Sebab hari tu masa balik dari Kelantan, Snooze Too dah full, so kali ni kena la tunai kan hajat nak merasa hotel tu.

Drive lalu Tapah, slow-slow sambil enjoy the ride.

Sampai je kat Cameron dah kul 2.  So terus ke hotel.  Hotel ni kat bangunan baru depan balai polis Brinchang tu.  Kira dekat gilos la dengan pasar malam.  So kitorang nak check in, tapi rupanya checkin kul 2.30.  Lagi setengah jam, so ngam la cari lunch dulu.

Kitorang gi restoran Mamu Rasul.  Dekat gak la ngan hotel.  Makan nasi briyani kat tempat sejuk memang marvellous la kan?  Not bad gak nasi briyani dia.  Tapi perut ni mengada gak nak rasa waffle dia.  Entah la apsal.  So pesan la bungkus dua waffle kot nak kudap-kudap dalam bilik hotel nanti.  Tengok2 hampeh, waffle tu masammmm..  Husband memang tak puas hati gi pulang balik la.. sib baik dapat balik duit.

Dah check in, kitorang dah tergedik dah nak masuk bilik, tapi, ni nak bagi you all tengok dulu luar hotel ni

Nampak tak tangga emergency exit tu.  Suka cara hotel ni pay attention to safety issue.

Ha, pas tu ni dalam 'hotel lobby'.  Impression kami?  Cutenyerrrrrr tempat ni!!

Belah kanan tu 'lobby', belah kiri bawah tu masa nak lalu masuk bangunan and ke lift, dan kiri atas tu bilik kitorang duduk.

Nak masuk ke area lift tu, kena pakai access card.  So kiranya ada 2 access card la, satu untuk masuk bangunan di lift area, satu lagi untuk bilik.

Dah sampai tingkat dua, kami senyummm je nak ke bilik sebab tempat ni boleh kata cute sangat!.  Macam display area kat Ikea gitu..

Dari kiri:  Hall nak ke bilik di other side, bilik kitorang belakang tukang ambik gambar ni.  Atas ialah common area, bawah sekali tu main door untuk bilik2 floor 2.
Dah masukkan card kunci pintu, kami dah excited dah nak tengok macam mana la biliknya dengan comment orang kata tempat ni sangat bersih, cute dan  cozzy.

Buka je bilik, memang rasa puas hati sangat!.  Bilik nya cukup airy, bright dan sangat welcoming dan cozzy!
Pas tu harus la melawat toilet kan?  So verdict?  Sangat bersih!  Not even a single hair found.  Then design pun menarik, sebab pintu tutup bilik air tu boleh swing dan buat tutup area shower dia.  Practical kan?
Kami bermalam satu malam je.  Nama pun lari dari rumah kan?  Dan on the check out day, I could not resist to put a 'note'.


So pada korang yang nak kan quick get away dari KL, over the weekend, murah, saya memang recommend hotel ni.  Sangat bersih, cute, selesa dan nak cari makan pun senang.  Boleh jalan kaki je ke pasar malam.

Have fun!

Wednesday, April 01, 2015

Good one from Groupon!



I called this April Food!

Happy 1st April everyone, have a good one ok!.  Don't worry too much about GST, let's live the moment shall we?  Like my former boss used to say, if need help, shout! :)

Tuesday, March 31, 2015

APRIL is COMING!!


Is coming...

Anniversary Mak dan Ayah saya bulan April.
Anniversary kidney kanan saya meninggalkan badan saya bulan April.
Saya pernah menang contest AbangEnsem bulan April tahun lepas.. tapi terpaksa lepaskan hadiah.
April 2008 saya beli almari putih ni... sekarang almari ni bukan lagi center of attention :)


GST juga bulan APRIL.

Monday, March 30, 2015

First time buat kerja Sponsor --> Bella Ammara Bangi

Saya ni memang baru lagi dalam dunia berniaga ni.  Selama ni memang pembeli tegar je.

So dah nak dekat setahun berniaga ni, memang la banyak saya belajar.  Lately, saya belajar sponsor butik launch pulak.

Sebelum ni saya pernah dapat invitation untuk launching SugarScarf.  Tapi sebab kan kekangan masa dan tenaga kerja (which is saya sorang je hehe), saya terpaksa lepaskan peluang tu.

So baru-baru ni saya berpeluang untuk sponsor launching Bella Ammara di Bangi.  So saya teruskan juga walaupun memang tight sangat dah schedule ni.  Diusahakan juga siap kan 100 pins yang memang hot selling sekarang ni, dan time office, lunch hour, cilok lak gi hantar.  Fuhh lega...

Masa kat branch Bella Ammara tu, memang belum buka lagi, so tak de hal la.. call-call diorang cakap 1.30 akan ada orang.  Alhamdulillah, sempat la lunch dulu kat Mee Tarik Warisan yang memang marvellous tu.  Lepas lunch kami pergi balik ke Bella Ammara, terserempak dengan staff Bella tu, handover to her dan tanya sikit sebanyak.  Katanya pins tu nanti kemungkinan akan di letak dalam goodie bags.  Which is great!.

So in return, sponsorship ni, Bella akan review Instagram saya iaitu @20limit.  Masih menunggu lagi!  Hehehe.. Insha Allah ada tu.. mungkin diorang masih busy.

So, tu la pengalaman saya first time buat sponsor untuk butik launching.  Kalau berbaloi insya allah akan saya buat lagi :)

We shall wait and see......

P.s: Malangnya saya tak sempat ke grand opening Bella Ammara Bangi sebab ada wedding.  Insya allah akan singgah juga nanti...

P.p.s: Ada ke size? T_T

Friday, March 27, 2015

Gedikss!

Haa... amacam cun tak layout baru?  Macam gedik tak?  Hahaha.. tak nak la gedik sangat, tapi nak bagi pleasant sikit pada mata... senang la nak memilih pins tu.  Kalau saya personally pun suka warna terang.

Pas tu kalau ada antara kawan-kawan yang selalu datang blog ni mesti perasan main page bukan lagi saya punya ramblings ni.  Tapi lebih pada Hijab Pins.  So tu pun kategori gediks gak tuh. Haha.. jenuh belajar ngan Google tau cam ner nak buat!  Berjaya jugak akhirnya.

So minggu ni minggu last sebelum GST (oppss!).  So ada yang berkunjung ke kedai-kedai sebab nak beli barang sebelum di charge 6%.  Kedai saya?  Alaa.. saya tak registered GST.  So saya tak akan charge 6%.

Tapi business saya sangat affected dengan currency exchange rate.  RM sekarang tak berapa strong, so bila import barang agak 'berat' juga la nak kuar modal.  Tapi so far boleh bertahan lagi.. Terpaksa la saya adjust sana-sini so quality barangan tetap sama.  Kalau tak de boleh tahan lagi tu, kemungkinan saya akan naikkan sedikiiiiit je harga nya. :)

So, ke mana hujung minggu ni??

Tuesday, March 10, 2015

Note to self: Duk KL diam-diam time CNY!

Orang lain saya tak tau, tapi kitorang ni, kalau plan nak berjalan masa Chinese New Year je, mesti perjalanan kitorang tu jadi $#@%#^%##%)(&^!!! (translated: penat, jam, hot, need-water-and-toilet-badly).

Kitorang sebenarnya balik kampung je pun... dari KL ke KB dan KL balik.  Dan, orang Kelantan ni memang la ramai di luar Kelantan dan time break cam CNY tu memang ramai berpusu-pusu balik.  Di tambah pulak KTM tak leh ke Kelantan sebab banjir hari tu.  So berdouble-double la kereta kat jalan.

Travel dari KL ke KB not too bad, sebab kitorang travel during weekday dan terus lencong Tapah, naik Cameron then turun Lojing, terus ke KB.  Best! Sebab Cameron tu memang la tempat favourite kitorang.  Favourite sampai "if I have money, I would buy a small house at Cameron" gitu... So tak penat dan sempat la borong sayur-sayur bawak balik kampung.

Masa kitorang balik tu kabus teballlll .. tapi best!

Tapi bila time nak balik ke KL balik, aduiii... dari bandar KB lagi dah jam!.  Kesian pulak En. Suami.  Anak pun dah moody... siap nangis-nangis lapar.  Rasa bersalah lak :(.  Tapi lepas berenti untuk lunch dia ok balik.  Baik anak ibu..

So untuk ambik hati the guys dalam kereta tu, saya propose la bermalam di Cameron.  Sib baik next day tu saya ambik cuti siap-siap.  Anak tak habis-habis nak duduk Hotel Trivago hahaha... kitorang kelentong la Hotel Snooze Too tu hotel trivago.. haha jahat tak kitorang?

Tapi kitorang tak duduk pun kat "hotel trivago /snooze too" tu heh.  Sebab dah penuh.  (padahal kul 3 ptg call masih ada vacancy - kul 7 sampai dah full!).  So kitorang beralih ke Hotel Titiwangsa tu je.  Harga RM198 untuk satu malam, termasuk dinner steam boat (which, by the way, not recommended), dan breakfast (not too bad).

Nak ambik hati lagi, malam tu kitorang benarkan Si Anak ni makan aiskrim malam-malam dalam sejuk kabus tu haha.. And he loves it!.

Dah bangun pagi esoknya, lepas breakfast, kitorang pusing-pusing Cameron sekejap.. gi Mardi tu je... seronok!  Then terus turun ikut Tapah.  Lega dapat sampai sebelum Maghrib.  Kalau tak confirm next day tu MC ooppss!! ..

Eh lupa nak cerita, dari Cameron tu dah turun kot Tapah, masuk North South Highway, kitorang berenti lagi kat Hentian Ulu Bernam.  Haa... kalau ada peluang kitorang mesti berenti kat sini.  Nak tau kenapa?  Haaa pasal benda ni la...



Sedapnyerrrr!!.. Memang terbaik lah.  So you all kalau ada peluang singgah, makan kat sini tau... Kat hentian ni jugak ada pau Yik Mun tu kot nak try.  Kedai yang jual Yik Mun ni dekat-dekat ngan kedai mee kari tu jugak.

Ni kedai mee kari tu.  Jangan lupa singgah tau!


Wednesday, February 11, 2015

Nin diaaaa baru betul roti!! Lembut, sedap dan pastinya halalan toyyiban :)

Kali ni saya betul-betul nak promote business kawan saya ni.  Bukan sebab dia kawan saya so saya nak promote, tapi sebab product dia terbaikk tu yang saya terpanggil nak promote.  Lagi pun saya memang hantu roti hahaha...

Roti sarang lebah
Nampak tak lembut roti dia...
Mula-mula saya nak citer pasal roti sarang lebah dia... roti memang lembut! dan sos butterscotch dia memang terasa lah butterscotch nya tuh.  Saya tak tuang kuah tu sebab saya lebih suka dip je sos.  Baru la boleh dip banyak-banyak dan terpalit sos tu banyak-banyak kat roti dia. Hehe.

Next, my personal favourite.  Roti bun.  Memang rasa roti dia lembut lain dari yang lain.  Bukan lembut macam roti yang kita beli brand brand terkemuka tu.  Terasa homemade nya.  Hasil air tangan Hajah Mazni ni...

Roti bun banyak perasa, kaya, kacang, sambal bilis and coklat.  Kalau nak plain kosong pun boleh kot nak wat cicah kari ke kan? 


Ni roti bun kaya (bawah) dan bilis (atas).

Intinya tak banyak sampai muak dan tak sikit macam kedekut.. just nice.

Kalau yang berminat, boleh la contact Hajah Mazni seperti nombor dalam gambar ye.  Dijamin sedap and fresh!.

Jom jom beli.

Tuesday, February 10, 2015

Yang laju, dimudah-lajukan (i made this word!) lagi. Thank you Pos Laju!

Sebelum ni memang saya akui saya tak berapa reti sangat nak pos barang menggunakan Pos Laju.  Yang saya tahu masa tu cuma melalui Pos Office sahaja.

Tapi rupa-rupanya Pos Laju ni ada kiosk tersendiri, solely untuk urusan Pos Laju.  Efficient betul!.  Ye la.. tak de la kena beratur dengan orang ramai yang nak buat urusan bayar  bills lah, beli setem lah kan...

So saya banyak pergi ke kiosk di LRT Ampang.  Memang staff disitu sangat efficient!.  Service tip-top!.  So urusan pengeposan barang jualan saya sangat mudah.  Especially bila dah beli prepaid envelope tu banyak-banyak (dah la beli 10 dapat free satu).

Dan sekarang saya cuba pula satu lagi service mudah Pos Laju ni.. iaitu Create Consignment Note di website diorang.  Tapi yang ni untuk parcel sahaja ye.

Sebelum cuba tu saya call la no hotline diorang tu 1300 300 300.. kot-kot la kalau ada syarat-syarat nak guna service tu.  Customer service tu cakap boleh je pakai untuk either prepaid, atau parcel pos laju biasa, Semenanjung atau Sabah Sarawak.  Aikk?? Kata staff kat kiosk, itu untuk parcel sahaja.. hmm 

So saya create la melalui web dia..http://www.poslaju.com.my/.  Pergi ke menu Ship with Us.  Akan kuar page untuk create own consigment note.




Segala yang bertanda * tu kena la isi.. senang gilos...

Dah habis fill up, click Create Consignment Note tu.  Terus web tu kuarkan / pop up kan satu pdf file.  Bukak pdf tu, akan nampak 4 copy consignment notes.  Macam yang biasa tu memang. Print, dan lebih elok kalau u all tolong la potongkan ikut size note tu.  Mudah kan?

Then bila ke kiosk tu, serahkan consignment note yang dah diprint tu dan parcel sekali.. Settle!. :)  

P.s.: Jimat tenaga jari jemari sally nak isi consigment note tu manually satu-satu.

Wednesday, February 04, 2015

Cerita bulan Januari... macam-macam oo... tapi semua dalam kepala haha ni baru nak tulis.

Ish.. bila masuk bulan February ni rasa macam cepat nya masa berlalu.. scary merry pulak rasanya... Alhamdulillah atas segala rezekimu Ya Allah.

Dan banyak jugak la benda berlaku dalam sebulan ni.  For the first time, I took a break from Hijab Pins sale.  Tapi bukan take a break goyang kaki ni, take a break from online sale je.  Sebab nak prepare stok kat Elhouda Contemporary kat Shah Alam nun.

Bulan January ni jugak saya pergi hantar anak sedara sulung ke Kolej Polytech Mara Ipoh.  Harap dia gembira dan success di sana.

Bulan January jugak dapat bonus dari company.  Alhamdulillah... tak banyak tapi sangat-sangat bersyukur.  Plan nak buat macam-macam.  Bila dapat bayar credit card je adduuii..

Bulan January jugak saya mula restock design-design baru untuk Hijab Pins saya dan kali ni 100% imported.  No more "GM" design.  Bukan apa, nak cuba je design lain.  Harap dapat sambutan hehe.  Tapi kalau 'tersama' jugak design dengan "GM" harap ampun.

Bulan January jugak nyaris nak tukar keta.  Keta jenis sama lak tuh.  Mengada namanya kan? Tapi kalo bukan teballl ilmu didada chewahh... last sekali decide tak nak lah.  Dah tanya orang disekeliling, secara rasional nya tak payah tukar. Hehe.. legaaa hutang tak bertambah.  And proud of myself! haha

Anyway, selamat menjalani bulan February ye semua! 

Friday, January 16, 2015

Trend Dress Murah Terkini

You all perasan tak, lately ni kan, macam-macam design dress yang ada orang jual.  Even kat online pun banyak, sesuai la untuk orang yang malas drive-cari-parking-bayar-tol macam saya ni.  Banyak koleksi dress murah yang memang fashionable dan yang penting harga pun reasonable.  Untuk korang yang suka pakai dress ni kan, saya rasa lagi cun kalau make your outfit perfect dengan pakai ankle boots ke, wedges ke so nampak tinggi langsing gitew hehe.  Lepas tu of course la kena pakai tudung yang matching and aksesori macam hijab pins ke.
Bercakap pasal trend-trend dress yang latest ni, meh kita tengok a few styles yang murah, yang you all boleh pakai ke office ke, special occasions ke…
Style 1: Plain dress.
Style 2: Monochrome dress
Style 3: Colour Block dress
Style 4: Glitter dress
Wahh, macam professional gitu. 
Then, kalau ladies, mesti la matching ngan handbag yang cun-cun.  Mesti korang dah ada borong sempena YES hari tu kan kan? Hehe.. maklum la.. gomen dah dapat bonus nih hehe.
So kalau korang tercari-cari kat mana nak beli dresses ni, you all boleh beli online je kat ZALORA Malaysia.  Delivery pun free!!  Bak saya selalu cakap.. jom jom beli!!. :)

Friday, January 02, 2015

Happy New Year!!!

Happy New Year semua!!.. Pejam celik sekarang dah pun 2015.  Cepat masa berlalu kan? #mixedfeelings#.

2014 has not been a good year to Malaysia, with all the airplanes incidents, MRT, and the recent flood and the economy and so on and so on.  But Alhamdulillah, kita dah harungi nya bersama.  Proud to be Malaysian! :)

2015 please be good to us.  Ameen...

Sebagai penutup 2014 kami sekeluarga ke Melaka.  Jalan-jalan plan C sebab plan A nya nak gi ke pantai timur sambil balik kampung, tapi banjir.  Plan B lak nak gi Cameron Highland tapi tanah runtuh, takut la pulak.  So kitorang execute plan C.

So start cuti-cuti 2 hari ni kami ke Muar dulu.  Visit anak cucu hehe.. dan of course cari Mee Bandung.  Not my favourite dish tapi saya suka try makanan local.  Dan tak rugi rupanya.  Memang sedap!!   

Location nya kat Muar.  Exact location tak tau la pulak.. kalau nak cari boleh call number kat gambar tu kot.  Udang galah besarrrrr.  Sangat sedap!.

Dah kenyang, kami gerak ke Melaka.

Disebab kan ni plan C, maka kami memang tak book hotel pun.  Dan sampai Melaka, kami google mana hotel yang dekat ngan Jonker Street.  Nampak Bayview Hotel quite close, kami call dan terus dapat bilik.  Nasib baik gak la.

Hotel ni bagi saya so so je la.  Maintenance tak tip top.  Sekadar nak bermalam boleh la kot.  Masuk bilik pun ada sedikit bau macam beer gitu.  Entah la, I might be wrong.  Facilities sangat basic.  WIFI ada dan FnB dia masa breakfast pun so  so jugak.  Tak de la impressive.







Kolam kanak-kanak dan dewasa agak kecik.  Tapi takat teman si anak main tu ok la..
Lepas check in kami merayau Banda Hilir.  Sampai kat Menara Taming Sari, si anak dah terjerit-jerit nak tengok.  Terpaksa la singgah.  Lagi sekali parking senang dapat.  Depan menara tu je.  Dah nampak benda tu naik atas bawah, anak dah excited ajak mak dia yang gayat ni naik.  Adoiii... anak sorang punya pasal naik la jugak.  Sib baik tak la gayat mana. Hehe..

Pas tu dah lapar, kami makan kat kedai dekat-dekat situ jugak.  Purposely cari Asam Pedas Melaka.




Makanan nya biasa je.  Agak sejuk sikit.  Tapi asam pedas ikan parang dia boleh tahan sedap!.
Dah kenyang, balik bilik, tido untuk esoknya pulak.

Lepas check out, mula-mula kami ke Jonker Street.  Tapi entahla.. rasa macam tak de benda nak tengok, nak cuba makanan pun was-was pulak.  Si Anak lak memang tak minat nak tengok-tengok barang window shopping.  En Suami memang sporting! hehe.. ikut je la kerenah wife dia ni.

Terus kami ke Jam Besar tu, pekena Cendol Jam Besar then naik beca ke A Famosa.  RM20 jugak la kena pusing dari Jam Besar tu, ke A Famosa then to Muzium Samudera tu.  Tapi si Anak memang suka sangat lah.

Muzium tu kami masuk jugak kejap.  Sampai lenguh kaki jugak lah memanjat tangga boat tu hehe.  Hari ni pun tak hilang lagi.  Bila dah lapar, kami decide terus ke Klebang cari Coconut Shake yang glamer tu.

Guna Waze tu sampai la jugak kami kat Coconut Shake Klebang ni.  Dari luar nampak kereta je banyak.  Ingatkan dah betul.  Tapi hairan kenapa tak de orang makan-makan.



Rupa-rupanya ni untuk drive thru sahaja.  So kami tengok ramai orang laju je masuk simpang sebelah, kami masuk je la.


Ha.. baru nampak pintu gerbang dia.  Parking pun banyak.  Tapi mungkin sebab weekdays.



Haaa nin diaa... Nasi lemak dia memang terbaikk... Simple tapi sedap! Confirm korang makan 2 bungkus jugak (ayat kantoi).
 So itu sajala citer ke Melaka kami.  Jadi la sekali-sekala perlu jugak family bonding :).

Anyway, just for sharing, starting 01 Jan 2015, Elly-Daily dah jadi official vendor kat Butik El Houda Contemporary!.  So warga Shah Alam, boleh la kesana ye untuk dapatkan Hijab Pins saya ye.  Tapi kat sini retail sahaja lah. 


Bertempat di 53-1, Jalan Nelayan A-18A, Seksyen 19, Shah Alam.
Saya tengok SALAM specialist kat sebelah tu je.  Jemput la tengok-tengok ye adik-adik nurses semua ihikkk.
Kalau nak mudah, cari gambar Kak Ton (alah.. yang Cantik tak Kak Ton!!) yang besarrr.. butik ni kat sebelah tu je.
  Selalunya awal tahun jugak ramai akan set new year resolutions.  Bagus sebenarnya, boleh tahu progress kita.  Saya tak nak cerita pasal azam tahun baru saya, sebab dari kecik sampai besar tak pernah nya dapat hehe kurang usaha sebenarnya.  Except for last year, saya usaha jugak untuk dapatkan satu rumah sewa.  Hehe.. yang tu paling best.  So tahun ni, harap-harap I can think of at least one resolution and try to make it happen.  Hehe.. my resolution is to come up with one resolution. Ngeh ngeh..

Ok all, selamat tahun baru,.. Stay healthy, Be good, Wish us all the best!