Pages

Tuesday, March 31, 2015

APRIL is COMING!!


Is coming...

Anniversary Mak dan Ayah saya bulan April.
Anniversary kidney kanan saya meninggalkan badan saya bulan April.
Saya pernah menang contest AbangEnsem bulan April tahun lepas.. tapi terpaksa lepaskan hadiah.
April 2008 saya beli almari putih ni... sekarang almari ni bukan lagi center of attention :)


GST juga bulan APRIL.

Monday, March 30, 2015

First time buat kerja Sponsor --> Bella Ammara Bangi

Saya ni memang baru lagi dalam dunia berniaga ni.  Selama ni memang pembeli tegar je.

So dah nak dekat setahun berniaga ni, memang la banyak saya belajar.  Lately, saya belajar sponsor butik launch pulak.

Sebelum ni saya pernah dapat invitation untuk launching SugarScarf.  Tapi sebab kan kekangan masa dan tenaga kerja (which is saya sorang je hehe), saya terpaksa lepaskan peluang tu.

So baru-baru ni saya berpeluang untuk sponsor launching Bella Ammara di Bangi.  So saya teruskan juga walaupun memang tight sangat dah schedule ni.  Diusahakan juga siap kan 100 pins yang memang hot selling sekarang ni, dan time office, lunch hour, cilok lak gi hantar.  Fuhh lega...

Masa kat branch Bella Ammara tu, memang belum buka lagi, so tak de hal la.. call-call diorang cakap 1.30 akan ada orang.  Alhamdulillah, sempat la lunch dulu kat Mee Tarik Warisan yang memang marvellous tu.  Lepas lunch kami pergi balik ke Bella Ammara, terserempak dengan staff Bella tu, handover to her dan tanya sikit sebanyak.  Katanya pins tu nanti kemungkinan akan di letak dalam goodie bags.  Which is great!.

So in return, sponsorship ni, Bella akan review Instagram saya iaitu @20limit.  Masih menunggu lagi!  Hehehe.. Insha Allah ada tu.. mungkin diorang masih busy.

So, tu la pengalaman saya first time buat sponsor untuk butik launching.  Kalau berbaloi insya allah akan saya buat lagi :)

We shall wait and see......

P.s: Malangnya saya tak sempat ke grand opening Bella Ammara Bangi sebab ada wedding.  Insya allah akan singgah juga nanti...

P.p.s: Ada ke size? T_T

Friday, March 27, 2015

Gedikss!

Haa... amacam cun tak layout baru?  Macam gedik tak?  Hahaha.. tak nak la gedik sangat, tapi nak bagi pleasant sikit pada mata... senang la nak memilih pins tu.  Kalau saya personally pun suka warna terang.

Pas tu kalau ada antara kawan-kawan yang selalu datang blog ni mesti perasan main page bukan lagi saya punya ramblings ni.  Tapi lebih pada Hijab Pins.  So tu pun kategori gediks gak tuh. Haha.. jenuh belajar ngan Google tau cam ner nak buat!  Berjaya jugak akhirnya.

So minggu ni minggu last sebelum GST (oppss!).  So ada yang berkunjung ke kedai-kedai sebab nak beli barang sebelum di charge 6%.  Kedai saya?  Alaa.. saya tak registered GST.  So saya tak akan charge 6%.

Tapi business saya sangat affected dengan currency exchange rate.  RM sekarang tak berapa strong, so bila import barang agak 'berat' juga la nak kuar modal.  Tapi so far boleh bertahan lagi.. Terpaksa la saya adjust sana-sini so quality barangan tetap sama.  Kalau tak de boleh tahan lagi tu, kemungkinan saya akan naikkan sedikiiiiit je harga nya. :)

So, ke mana hujung minggu ni??

Tuesday, March 10, 2015

Note to self: Duk KL diam-diam time CNY!

Orang lain saya tak tau, tapi kitorang ni, kalau plan nak berjalan masa Chinese New Year je, mesti perjalanan kitorang tu jadi $#@%#^%##%)(&^!!! (translated: penat, jam, hot, need-water-and-toilet-badly).

Kitorang sebenarnya balik kampung je pun... dari KL ke KB dan KL balik.  Dan, orang Kelantan ni memang la ramai di luar Kelantan dan time break cam CNY tu memang ramai berpusu-pusu balik.  Di tambah pulak KTM tak leh ke Kelantan sebab banjir hari tu.  So berdouble-double la kereta kat jalan.

Travel dari KL ke KB not too bad, sebab kitorang travel during weekday dan terus lencong Tapah, naik Cameron then turun Lojing, terus ke KB.  Best! Sebab Cameron tu memang la tempat favourite kitorang.  Favourite sampai "if I have money, I would buy a small house at Cameron" gitu... So tak penat dan sempat la borong sayur-sayur bawak balik kampung.

Masa kitorang balik tu kabus teballlll .. tapi best!

Tapi bila time nak balik ke KL balik, aduiii... dari bandar KB lagi dah jam!.  Kesian pulak En. Suami.  Anak pun dah moody... siap nangis-nangis lapar.  Rasa bersalah lak :(.  Tapi lepas berenti untuk lunch dia ok balik.  Baik anak ibu..

So untuk ambik hati the guys dalam kereta tu, saya propose la bermalam di Cameron.  Sib baik next day tu saya ambik cuti siap-siap.  Anak tak habis-habis nak duduk Hotel Trivago hahaha... kitorang kelentong la Hotel Snooze Too tu hotel trivago.. haha jahat tak kitorang?

Tapi kitorang tak duduk pun kat "hotel trivago /snooze too" tu heh.  Sebab dah penuh.  (padahal kul 3 ptg call masih ada vacancy - kul 7 sampai dah full!).  So kitorang beralih ke Hotel Titiwangsa tu je.  Harga RM198 untuk satu malam, termasuk dinner steam boat (which, by the way, not recommended), dan breakfast (not too bad).

Nak ambik hati lagi, malam tu kitorang benarkan Si Anak ni makan aiskrim malam-malam dalam sejuk kabus tu haha.. And he loves it!.

Dah bangun pagi esoknya, lepas breakfast, kitorang pusing-pusing Cameron sekejap.. gi Mardi tu je... seronok!  Then terus turun ikut Tapah.  Lega dapat sampai sebelum Maghrib.  Kalau tak confirm next day tu MC ooppss!! ..

Eh lupa nak cerita, dari Cameron tu dah turun kot Tapah, masuk North South Highway, kitorang berenti lagi kat Hentian Ulu Bernam.  Haa... kalau ada peluang kitorang mesti berenti kat sini.  Nak tau kenapa?  Haaa pasal benda ni la...



Sedapnyerrrr!!.. Memang terbaik lah.  So you all kalau ada peluang singgah, makan kat sini tau... Kat hentian ni jugak ada pau Yik Mun tu kot nak try.  Kedai yang jual Yik Mun ni dekat-dekat ngan kedai mee kari tu jugak.

Ni kedai mee kari tu.  Jangan lupa singgah tau!