Pages

Wednesday, February 11, 2015

Nin diaaaa baru betul roti!! Lembut, sedap dan pastinya halalan toyyiban :)

Kali ni saya betul-betul nak promote business kawan saya ni.  Bukan sebab dia kawan saya so saya nak promote, tapi sebab product dia terbaikk tu yang saya terpanggil nak promote.  Lagi pun saya memang hantu roti hahaha...

Roti sarang lebah
Nampak tak lembut roti dia...
Mula-mula saya nak citer pasal roti sarang lebah dia... roti memang lembut! dan sos butterscotch dia memang terasa lah butterscotch nya tuh.  Saya tak tuang kuah tu sebab saya lebih suka dip je sos.  Baru la boleh dip banyak-banyak dan terpalit sos tu banyak-banyak kat roti dia. Hehe.

Next, my personal favourite.  Roti bun.  Memang rasa roti dia lembut lain dari yang lain.  Bukan lembut macam roti yang kita beli brand brand terkemuka tu.  Terasa homemade nya.  Hasil air tangan Hajah Mazni ni...

Roti bun banyak perasa, kaya, kacang, sambal bilis and coklat.  Kalau nak plain kosong pun boleh kot nak wat cicah kari ke kan? 


Ni roti bun kaya (bawah) dan bilis (atas).

Intinya tak banyak sampai muak dan tak sikit macam kedekut.. just nice.

Kalau yang berminat, boleh la contact Hajah Mazni seperti nombor dalam gambar ye.  Dijamin sedap and fresh!.

Jom jom beli.

Tuesday, February 10, 2015

Yang laju, dimudah-lajukan (i made this word!) lagi. Thank you Pos Laju!

Sebelum ni memang saya akui saya tak berapa reti sangat nak pos barang menggunakan Pos Laju.  Yang saya tahu masa tu cuma melalui Pos Office sahaja.

Tapi rupa-rupanya Pos Laju ni ada kiosk tersendiri, solely untuk urusan Pos Laju.  Efficient betul!.  Ye la.. tak de la kena beratur dengan orang ramai yang nak buat urusan bayar  bills lah, beli setem lah kan...

So saya banyak pergi ke kiosk di LRT Ampang.  Memang staff disitu sangat efficient!.  Service tip-top!.  So urusan pengeposan barang jualan saya sangat mudah.  Especially bila dah beli prepaid envelope tu banyak-banyak (dah la beli 10 dapat free satu).

Dan sekarang saya cuba pula satu lagi service mudah Pos Laju ni.. iaitu Create Consignment Note di website diorang.  Tapi yang ni untuk parcel sahaja ye.

Sebelum cuba tu saya call la no hotline diorang tu 1300 300 300.. kot-kot la kalau ada syarat-syarat nak guna service tu.  Customer service tu cakap boleh je pakai untuk either prepaid, atau parcel pos laju biasa, Semenanjung atau Sabah Sarawak.  Aikk?? Kata staff kat kiosk, itu untuk parcel sahaja.. hmm 

So saya create la melalui web dia..http://www.poslaju.com.my/.  Pergi ke menu Ship with Us.  Akan kuar page untuk create own consigment note.




Segala yang bertanda * tu kena la isi.. senang gilos...

Dah habis fill up, click Create Consignment Note tu.  Terus web tu kuarkan / pop up kan satu pdf file.  Bukak pdf tu, akan nampak 4 copy consignment notes.  Macam yang biasa tu memang. Print, dan lebih elok kalau u all tolong la potongkan ikut size note tu.  Mudah kan?

Then bila ke kiosk tu, serahkan consignment note yang dah diprint tu dan parcel sekali.. Settle!. :)  

P.s.: Jimat tenaga jari jemari sally nak isi consigment note tu manually satu-satu.

Wednesday, February 04, 2015

Cerita bulan Januari... macam-macam oo... tapi semua dalam kepala haha ni baru nak tulis.

Ish.. bila masuk bulan February ni rasa macam cepat nya masa berlalu.. scary merry pulak rasanya... Alhamdulillah atas segala rezekimu Ya Allah.

Dan banyak jugak la benda berlaku dalam sebulan ni.  For the first time, I took a break from Hijab Pins sale.  Tapi bukan take a break goyang kaki ni, take a break from online sale je.  Sebab nak prepare stok kat Elhouda Contemporary kat Shah Alam nun.

Bulan January ni jugak saya pergi hantar anak sedara sulung ke Kolej Polytech Mara Ipoh.  Harap dia gembira dan success di sana.

Bulan January jugak dapat bonus dari company.  Alhamdulillah... tak banyak tapi sangat-sangat bersyukur.  Plan nak buat macam-macam.  Bila dapat bayar credit card je adduuii..

Bulan January jugak saya mula restock design-design baru untuk Hijab Pins saya dan kali ni 100% imported.  No more "GM" design.  Bukan apa, nak cuba je design lain.  Harap dapat sambutan hehe.  Tapi kalau 'tersama' jugak design dengan "GM" harap ampun.

Bulan January jugak nyaris nak tukar keta.  Keta jenis sama lak tuh.  Mengada namanya kan? Tapi kalo bukan teballl ilmu didada chewahh... last sekali decide tak nak lah.  Dah tanya orang disekeliling, secara rasional nya tak payah tukar. Hehe.. legaaa hutang tak bertambah.  And proud of myself! haha

Anyway, selamat menjalani bulan February ye semua!