Pages

Wednesday, October 29, 2014

Cerita pasal "Pay It Forward" - Do Something Nice Week

Pada sapa-sapa yang pernah tengok citer ni...memang touching but yet full of pengajaran and motivation. Budak yang berlakon tu memang pandai betul.. ala yang berlakon citer "I see dead people" tu.. hehe..

Anyway, saya terdengar lak kat Mix.FM. Minggu ni diorang buat kempen "Do Something Nice Week" sempena Pay It Forward concept ni lah.  It's great of them to do this.  Because personally I think we intend to forget to do something nice sebab kita sibuk kaaannn...  So antara contoh yang diorang bagi: bayarkan tol untuk kereta belakang kita, belikan coffee untuk stranger.. alah.. benda-benda kecik je.

So saya personally rasa benda ni memang bagus.  Menggalakkan orang untuk menderma (don't start about donating to someone more deserving bla bla bla).  Tak kisah pada sapa dan yang paling penting, ikhlas kerana Allah dan korang confirm akan buat orang lain feel good dan korang sendiri pun Insya Allah akan feel good.

So semalam dan hari ni saya lak make my move.. ahakss.  Semalam saya bayarkan teh tarik untuk kawan-kawan.  Dan hari ni, saya bayarkan tol untuk kereta belakang saya.  Alah.. setakat 2-3 ringgit je.. tak luak kan?  Tapi sememangnya kita akan feel good!!.  Dan percaya lah, setiap derma akan ada 10 kali ganda balik kat kita.  So why not kan?  Lagipun orang kat belakang saya tu nak pergi kerja.. which is also a good thing.

Pas tu hari ni DJ radio tu The Rod, belikan 'designer coffee' untuk garbage man kat condo dia.  Bagus nya!!.  The garbage man tu cakap ni first time dia rasa 'designer coffee' tu.. :).

So apa kata hari ni you all buat something yang menggembirakan orang sekeliling anda.  Alah.. tolong bayarkan teh tarik for a stranger pun bagus.  Kalau yang lebih mampu maybe korang boleh tiru cerita ni:  Ada seorang ni, dia orang susah.  Bawak keta pun dengan tayar dah botak sebab tak mampu tukar.  Tiba-tiba satu hari, ada orang letak kan nota kat keta dia.  Nota tu tulis "sila ke kedai so and so, tunjukkan nota ni, dan akan ada orang tukarkan 4 tayar baru untuk keta anda"......kisah benar.....

P.s.:  Saya Insya Allah akan buat something nice jugak untuk pembeli pin tudung saya hujung tahun ni.  Tungguuuuu... :))

Wednesday, October 15, 2014

Wordless Wednesday - 'Musim' dari tingkap office


Jangan tanya apa boat tu buat kat situ..

Friday, October 10, 2014

Weekend Activity - Ke PD lagi and stay kat PNB Ilham

Weekend panjang... akal pun panjang... muehehe..

Tanya si Anak, nak pantai ke nak tempat sejuk?  Nak pantai lepas tu nak tempat sejuk katanya.  Pokai la kalau gitu.  Hehe.. alah.. tempat sejuk tu Cameron Highland je untuk kami.  Bukan oversea pun hehe.

So...kami ke PD lagi. 

Tapi kali ni kami decide untuk stay overnight.  Memandangkan kami suka pergi pantai kat Tanjung Biru tu, so kami decide untuk stay kat PNB Ilham.  Bukan apa, diorang ada discount kalau booking kot internet.  Kalau call, harga bilik hotel dia yang Deluxe Room RM320.  Tapi bila book online, dapat RM280.  So pilihan tu sangat obvious la kan.

PNB Ilham ni agak jauh dari pekan PD tu.  Tapi takat 7-8 km je kot.  Not too bad, tapi saya ni jenis yang tak suka spend time kat travel banyak-banyak bila dah check in kat satu-satu tempat (dalam Malaysia la hehe).

Kami sampai ngam-ngam pukul 3 - masa checkin.  Receptionist dia ok je.  Not too friendly tapi tak la unpleasant.  So everything went well.  Cuma take note ye kalau booking online, you all kena print reservation email tu sebab diorang nak refer.  Hari tu saya malas nak print ingat nak tunjuk je email tu dengan phone.  Diorang ok je.

Kami dapat bilik ground floor.  Masuk-masuk bilik, scan-scan, memang spacious!  Ni ha bilik nya dari pintu masuk.  Not bad kan?


View dari bilik pun so-so je la.  Kalau dapat tingkat 1 mesti lagi best.  Tapi bilik ni pun best jugak.. bukak pintu je terus sampai kolam hehe.



Facility sangat simple.  And bilik air tak la spotless clean, tapi still boleh terima.





Lantai bilik fully tile, so malam-malam tu terasa la sejuknya bila bukak aircond.

Jarak dari bilik hotel ke pantai pun sangat-sangat la dekat.  Dah la ground floor kan.  So nak ke pantai tu rasanya 50 langkah pun tak sampai.  Unless korang jalan kedek-kedek.  Then mungkin 100 langkah.

Kitorang dinner malam tu pun kat cafe PNB Ilham ni.  Kebetulan bulan 10 ni diorang buat promosi steamboat for 2 cuma RM50 nett.  Memandangkan steamboat ni favourite En Suami, kitorang order la untuk malam tu.  Masa kami ke cafe tu dah pukul 7.30 (promosi tulis 7 pm onwards).  Tapi nampak staff-staff duk menyusun pinggan mangkuk lagi.

Kami terus je tanya.  Boleh ke nak order steam boat ni.  Dia macam teragak-agak, tapi senyum, cakap err boleh, tapi kena tunggu kejap.  Dalam pukul 8 or 8.15 gitu.  Kitorang dalam good mood, ok la tunggu kejap.  Si Anak lak layan main pool kat tepi cafe tu.  Suka sangat laa dia! (konon terer la).
 
Harga steamboat tu cuma RM50!
8.15 diorang dah siapkan steamboat kami.  The whole cafe is for us.  Tak de orang lain.  Makanan promosi steam boat ni Masya Allah banyaknya!!.  Satu tray steamboat nyer items, satu tray nasi goreng, satu tray mee and meehoon, 3 jenis souce, satu jug sup tom yam (untuk tambah), satu jug air kosong dan satu jug air orange.  Ni kalau makan 5 orang baru betul.  Rasa bersalah lak order promo package ni.

Dah kenyang (dengan rasa bersalahnya banyak left over), balik bilik, tidur.

Besok pepagi bangun, belasah breakfast buffet dia.  Not too bad, and not too great either.  Ada kuey tiaw goreng, nasi goreng, baked beans, mee kari, porridge, breads, cereal, nasi lemak, roti telur.  Boleh la. 

Dah kenyang, terus ke pantai... lepak kejap.  Seronok lak sejuk-sejuk pagi ni lepak kat pantai.  Nikmat!.

Dah bersepah badan ngan pasir, kami terjun kolam lak hehe.  Of course la bilas-bilas dulu pasir tu kat shower pool dia.  Sampai la tiba masa nak checkout kul 12.

Overall, hotel ni memang best untuk weekend getaway.  Kalau yang berkeluarga ramai lagi sesuai ambik apartment dia.  Lagi jimat.

P.s:  Kami pasti ke sini lagi!!. :)

Us - Port Dickson 2014

Wednesday, October 01, 2014

Lucky my blood still downstairs... so I laugh only lah... hahaha


Rasa nak tergolek-golek baca blog sendiri yang di'google-translate' kan ke english.  Haha!!!

How can english people want tu understang my blog if like dis?  Cannot la Google.  Plis do better-better la.  Marketing my blog a bit.  But you promote my pin tudung in english quite good also.  So I give you one star lah.

P.s: My eye water a bit lah after laughing. T_T