Nuffnang Ads

Sunday, April 28, 2013

In case anyone is keeping score....

(Sambil lepak atas sofa depan tv).
Anak: Ibu, tengok tangan adik dah besar dah ni.
Ibu: ...(sambil compare tangan kami)... Eh! Betul la. Dah separuh tangan ibu dah.
Anak: Dah besar dah... dah boleh bawak keta nih.
Ibu: Cuba duduk atas sofa... kalau kaki tak sampai lantai tak leh bawak keta.
Anak: Alaaa...


Ibu: 1 - Anak: 0

Anak: Ibu, tengok adik dah besar (sambil diri tegak atas sofa, tangan mengepak dan hidung kembang kempis).
Ibu: Hmm...
Anak: Dah boleh bawak keta nih.
Abah: Cuba duduk atas sofa.. kalau kaki tak sampai lantai tak leh bawak keta.
Anak: Alaaa...


Ibu: 2 - Anak: 0

Anak: Ibu, keta abah besarrrr...
Ibu: Hmm...
Anak: Ibu, keta ibu kecik saja kan?
Ibu: Hmm...
Anak: Adik boleh bawak keta ibu..
Ibu:  Ye?
Anak: Ha ah... kecikkk saja.
Ibu: Cuba duduk atas sofa... kalau kaki tak sampai lantai tak leh bawak keta.
Anak: Alaaa...

Ibu: 3 - Anak: 0

(Depan nursery nak balik rumah)
Anak: Ibuu!!! (suara excited).
Ibu: Addikkkk!! (suara buat-buat excited..lepas ngadap jam).
Anak: Ibu, nak kunci keta.
Ibu: (sibuk ambik beg, cari selipar, nak masuk beg dalam keta).. Nah nah... Adik tolong bukak keta ye..

Engine keta start..

Ibu:  Eh! Adik!!!  Jangan!!... Isshh, bahaya la!

Ibu: 0 - Anak: 3 (markah tambahan sebab berjaya buat Ibu panic)

P.s: Jangan under estimate anak 3 tahun...
P.s.s: Maybe I should let him drive... with foot extension.. and extra high car seat.. Agak-agak boleh masuk Malaysia Book of Records tak?


Thursday, April 25, 2013

Shhh ada orang duk perhati!

Patutla asik rasa ada 'orang' duk perati je tiap kali lalu lalang laluan ke lift.  Especially dari atas.

Rupanya 'lembaga' putih.

Selama ni pandai je nyorok.  Hari ni tangan terjojol huh! siap la kalau dapat tangkap...! Terus buat sate my pet.

Tuesday, April 23, 2013

Patutkah saya tukar 'pandangan'?

Hari ni En. Suami ajak lunch date.  Macam orang mengantuk disorong bantal, of course la saya setuju.  So selalunya En. Suami kena tunggu kat main gate baru la saya terkedek-kedek (almost literally) datang.

Tapi memandang kan excited sangat nak keluar (sebab makanan kat cafe memang tak serasi ngan tekak time-time gaji ni) so saya ke main gate dulu.  Sambil tunggu tu saja la pandang-pandang sekeliling sebab selalunya time lalu main gate ni memang berdesuppp tinggal asap je...   Maklumla routine pagi nak berebut cari parking and nak kena thumb print attendance lagi.


So nampak la spot kat atas ni.... Haihhh cantik dan peaceful la pulak sedangkan dalam bangunan orang duk tarik-tarik rambut bersungguh-sungguh bekerja.

P.s: Bos, saya nak setup satu office kat depan ni boleh?  I need to change my perspective.

Monday, April 22, 2013

I blamed the money.

A team mate resigned today and we were all like...




Selepas 9 tahun menjadi the back-bone of the team, he's finally moving on.  To a much-much better offer (gaji la) that he deserves.

P.s.  Selalunya 4 tahun saya dah jump ships.  May be I'll stay a little bit longer.

Saturday, April 20, 2013

The Best Exotic Marigold Hotel and Up.

Tu tajuk-tajuk cerita.  Satu cerita manusia, satu lagi cerita kartun.

Satu cerita group of retirees nak spend their golden age in India... Love Judi Dench!!


Satu lagi cerita pasal fulfilling lifelong dreams... Love pakcik tua tu!!!


Dua-dua best.....  Sebab apa? Sebab dua-dua cerita pasal enjoying and have dreams even at your old age.  Bukan la diri ni dah tua sangat (uhukk uhukkk) cuma sentiasa terfikir bestnya kalau dapat enjoy debt free life, with husband and son and have all the fun in the world.

Tengok lah cerita-cerita ni.  Dan kalau tak best, jangan datang balik and bagi tau.. Kita tak geng!.

Friday, April 19, 2013

I need a reminder to set a reminder. Where's my semakk phone??

Terlupa.

2 kali terlupa actually.  Terlupa nak set reminder dalam phone for an appointment dan terlupa yang saya ada appointment tu dengan doctor semalam.

Padahal appointments ni rutin setiap bulan.  Ni lah bila dah over concentrate benda lain, hal-hal personal sampai terlupa.  Lagi teruk, saya terlupa yang saya terlupa....

Used to hate it, but since the spinning has ceased, I'm loving this.

Doctor, tolong cuci my canal and middle ear please.


P.s: Nak korek telinga pun kena bayar RM100 sebulan...feel like a rich girl! (pftftt!!)

Wednesday, April 17, 2013

Lama lagi ke hal rumah ni?

Eii!! dah lama betul rasanya hal beli rumah ni tak settle-settle.  Memang lama macam ni ke kalau nak beli rumah PKNS?  Kalau ada yang tahu tolong la share.

Tiap kali follow up dengan lawyer balik balik diorang cakap document itu, document ini tak cukup lagi.. kena pergi sana, kena pergi sini untuk dapat kan document tu bla bla.. Ni dah guna same lawyer untuk loan and SnP.  Kalau lawyer lain-lain macam mana gamaknya?

Saya try google kot-kot ada orang pernah tulis detail experience pasal ni.  Tak de la pulak.  The first time beli rumah tak de la lama macam ni.  Tapi rumah tu bukan la rumah PKNS or low cost ke apa.  Sebab tu cepat kot.

Kena keep calling lagi la nampak gayanya.  Kali ni lawyer tu cakap 14 hari lagi.  Huh, Jumaat ni jugak akan saya kacau pejabat lawyer tu!

Mode:  Pictureless Wednesday.

Tuesday, April 16, 2013

Great Monday! But unfortunately I have to pass this time.

Being sinical and making jokes is not my forte.  Tapi bila ada contest macam ni seronok jugak... So saya join je la... just for fun.

And I've won!  Thank you so much pada AE. 


Tapi ampun beribu ampun, as much as I love to meet Zarul Umbrella - The Singing Blogger and AE - the Property Expert, my role as a Mom and Wife has higher priority.

May be next time.  In Sha Allah.

P.s:  Made me love my Monday although I missed my chance to meet the real Retis!

Sunday, April 14, 2013

Weekend activity - Angkut air lagi.

Ish.. tak abis-abis masalah air kat KL ni.  Hari tu dah jadi, lama jugak la 'kering'.  Kali ni jadi lagi.  Tak sampai setahun.  Tiga hari jugak la kering.  Nasib baik hari ni dah ok.  Dulu sebab pam rosak.  Kali ni sebab paip pecah.


Sepanjang 'kering' tu lori air tak nampak bayang pun.  Nasib baik rumah adik-beradik ada boleh tumpang mandi dan ambik air.  Malas nak cakap banyak.  Cuma perlu berjaga-jaga nanti jadi lagi.

Sedia berkhidmat.

Mode:  Tengah sakit hati!.

Thursday, April 11, 2013

Jom balik mengundi. Dah beli tiket belum?

Semalam saya dah book tiket flight nak balik mengundi.  Semangat nih.  Masa tu agak banyak lagi option, dan harga pun not so bad.

Tapi hari ni, saya tengok flight nak ke Kota Bharu dah macam goreng pisang panas...  Yang gambar-gambar kat bawah ni untuk ke Kota Bharu for 1 adult dan 1 child (saya dan anak je la balik dulu).  Suami mengundi di KL je.


Air Asia siap buat sale for GE lagi...

Kota Bharu punya penangan.  Yang promo RM29 tu dah habis on the 3rd.  On the 4th laaagi la.  Tinggal la harga ala-ala MAS (tanpa bagasi lagi ni).

 
MAS pun sama...

Fire Fly not so bad.  Boleh beli lagi as of today.  Tapi harga..gulp!.

Lega jugak dah settle bab-bab tiket ni sebab orang Pantai Timur ni memang ramai kerja kat Lembah Klang dan Putrajaya.  Jadi bila semua nak dan kena balik at the same place and time, memang havoc la.  Kan best kalau peluang kerja kat sana sebanyak kat KL ni.. senang cerita.

Anyway, cepat-cepat! Mana-mana yang rasa nak balik ngan pengangkutan awam bersayap ni, sila cepat-cepat.  Kalau balik ngan kereta memang tak sanggup rasanya.  Boleh bawak sampai ke 24 jam perjalanan kalau tak kena perkiraan.

P.s.:  Undi anda amat berharga :).

Wednesday, April 10, 2013

Nak jimat - buat sendiri je lah.

Semalam dengan hari ni memang banyak benda-benda kecik tapi urgent yang kena siapkan kat office.  Kadang-kadang sampai ter-over look sebab banyak sangat. 

Kadang-kadang tengah concentrate satu benda, orang call untuk tanya benda yang lain pulak.  Nak kena tune otak tu satu hal especially benda yang langsung tak related macam hitam dan putih bezanya.  Dan untuk tune otak ni pulak kadang-kadang boleh ter'blur' kejap.

Nasib baik la ada kertas-kertas scrap A4.  Potong 2, clipkan, siap!  Jadila To-Do-List 'book'. 

Tulisan terpaksa diblur untuk mengelak dari fitnah..muehehee.
 Bukan tak nak beli buku-buku nota yang macam-macam jenis yang ada dijual kat kedai-kedai tu tapi rasa sayang lak dah beli cantik-cantik, buat conteng-conteng je.  Kalau buat macam ni, hari-hari koyak dan buang pun tak rasa sayang.  Siap recycling lagi.  Jimat dan raw material (scrap paper la tu) pun banyak kat office nih.

Disclaimer: Tidak, saya tak kedekut dan tulisan memang macam cakar ayam.

Tuesday, April 09, 2013

PRU 13 - Let's agree to disagree.

Off late, saya jadi takut dan terkejut sebab ramai yang sudah mula pandai memberi ceramah politik.  Macam cendawan lepas hujan!.  Jangan salah sangka, saya takkan menulis pasal parti politik dalam blog saya ni.... ever.. in sha allah!

Baguslah.. sekurang-kurangnya ramai yang membuktikan yang mereka ada pendirian masing-masing.  Teguh dan utuh sekali pendirian mereka.  Cuma....

Pada pendapat saya yang merupakan rakyat marhain macam anda anda semua, bila kita memberi pandangan tentang pihak idola kita untuk 'upacara' 5 tahun sekali ini, jangan lupa prinsip ini.  

JUST AGREE TO DISAGREE. 

Tidak perlu marah pada orang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan korang dan yang paling penting jauhkanlah dari perbuatan dan kata-kata yang melampau dengan niat untuk menyakitkan hati mereka (kalo diorang tak dengar tak pe.. muahaha....haip!).
  
AGREE TO DISAGREE...

... dan move on.  Jangan terlalu ber'tegang urat' hingga hilang kawan, anak, adik, abang, suami dan bini.  Sebab pilihanraya ni 5 tahun sekali.  Yang saya listkan tu kekal hingga ke akhirat.  Sayang kalau ianya hilang.  And for me, it is totally disgraceful bila ianya disebabkan oleh politik.

I HEREBY AGREE TO DISAGREE WITH YOU and hope you to me too. 

Note to self:  Tiba masa dan harinya saya akan beratur untuk memilih.  Itu saja.  Peace no war!

Sunday, April 07, 2013

Weekend activity - MPH Online untuk DTMKKLCC

Hahaha mesti korang ingat typo kan? Muahaha... apokobondo DTMKKLCC tu.  Jangan risau, saya faham curiousity korang yang tinggi tu.  Tapi tungguuu...

Kita citer pasal shopping dulu.  Jangan risau, shopping kali ni kita akan dapat duit balik...tahun depan.  Shopping apa tu?  Mesti la shopping buku...  Tak gitu?  Ish kome ni, kalo pompuan sebut pasal shopping je mesti ingat membazir je..  Ajenya ye!... (Hah? guano buleh tukar kecek Perak ni?.. tak cukup nasi berlauk nih).
 
Actually dah banyak kali saya beli kat MPH online ni.. sebab susah sangat nak beli buku yang hot stuff.  Asyik habisss je and bila tanya staff kedai diorang asyik tak tau je bila stock baru akan masuk. Kalau online, tak de la ke-frust-an bila buku tu habis, tak de la masam muka and naik darah dengan peel staff yang tak membantu tu... kurang kedut di muka ni.

Macam mana cara nak shopping online MPH?  Haa.. entry ni akan bagi explanation yang agak detail.. bukan takat synopsis pasal web page MPH online je. 
 
Mula-mula, ambik computer, bukak web browser, key in www.mphonline.com.  Then cari buku yang korang nak.  Nak browse dulu iklan-iklan pun boleh.  Buku boleh cari ngan Tajuk, Penulis, ISBN, Penerbit atau Ebook.
 
Dan terjawab lah.. DTMKKLCC is Dari Tanjung Malim ke KLCC.  Takkan panjang cam tu nak jadi title entry ni kan?
Dah jumpa.  Harga kat sini sebelum masuk harga delivery  RM7 ye.
 
 Bila dah jumpa buku yang nak, click 'Add To Cart'.  Dan kena lah login kalau pernah register sebelum ni.  Kalau tak, sign up dulu sebagai new customer.  Registration dia simple je.. tak perlu saya tunjuk kot.
Dah sign in/up boleh la buat bayaran.
Payment option, ada saya 'drop-down' kan kat situ. Banyak gak option.  Saya pilih Maybank2u.  Address yang kita register pun akan siap-siap di'populate'kan.  Senang.
Nampak tak pull down 'Please Choose the Country' kat atas tu? Bila pilih semenanjung, harga dia RM 7 for delivery.  Lain lokasi lain la harganya tu.
Lepas je saya buat payment via Maybank2U ni, and dapat Alert page tu, terus screen hilang.


Bila login balik, tengok kat My Account, Order Status.  Then nampak la order kita tu.
Lepas step ni, communications diteruskan dengan email-email macam kat bawah ni.


Yang bestnya, saya order hari Rabu, hari Jumaat dah sampai... impressive.


Dan sekarang, tibalah masa saya khatamkan DTMKKLCC ni.  Baca 2 muka surat intro dia saja dah sakit perut gelak.

Note to self:  I love online shopping.. :) tapi belum sampai shoppaholic lagi..kot.


Saturday, April 06, 2013

Weekend activity - Kisah benar budak 3 tahun setengah.

Situasi pukul 10.30 malam.  Ibu dalam toilet master bedroom buat 'benda-benda' biasa dalam toilet.  Anak kat luar toilet sebab ibu dah dengar bunyi kelepap-kelepap tapak kaki Si 3 tahun masuk bilik tadi.
 
Tiba-tiba dengar suara kecik..'Ibuuuuuuu! Cepat la..!'  Ibu balas 'Kejap la, kenapa dik?'.. kot kot Si 3 tahun ni nak terkencing or terberrr.  Haru nanti.  'Cepat la... nanti adik nak tido'...balas Si 3 tahun.
 
Ok fine... Ibu terpaksa rushing tanpa rela... dan keluar toilet. (bersih tau!).
 
Aik? Kedudukan katil Si 3tahun ni dah berubah?  Dari sedikit jauh dari katil ibu dengan bersandarkan dinding dan ada penghadang, ala yang takut budak jatuh katil tu, di sebelah kiri katil.  Dah berubah jauh dari dinding dan jadi rapat dengan katil ibu dan penghadang berubah ke belah kanan?
 
Ibu (garu kepala)....  (dalam hati) sapa yang ubah ni.. especially penghadang tu sebab agak susah nak cabut dan pasang balik.  'Adik, adik buat ke katil ni?'
 
Anak, sambil cekak pinggang, muka sombong bangga giler dan nafas didada tercungap-cungap sebagai bukti, 'Ye la.. ibu dalam toilet lama sangat!'.  Setelah diconfirm dengan En Suami, kot kot la Si 3 tahun ni take kredit keja abah dia, memang kredit 100% boleh dibagi pada Si 3 tahun ni sebab abah dia duk layan Arsenal kat living room.
 
Note to self: Seriously Si 3 tahun dah boleh susun dan alih penghadang katil tu? Okeh kalau macam tu, ibu nak test letak mop dan baldi lak.. mana tau bila keluar dari toilet, bilik ibu dah bersih termop!.  Ala mop kan lagi senang... tak gitu Dik?
 
 
 
 
 
 

Wednesday, April 03, 2013

Wordless Wednessday - Bungkus satu!


 

Tuesday, April 02, 2013

Eh eh.. dah April?

Just to note, it is going to be Jamadilakhir too.
Happy Anniversary Mok dan Ayoh, semalam 1st April.  Semoga dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.  Amin.  Sesungguhnya kesetiaan dan kesabaran Mok Ayoh dalam mengharungi alam rumah tangga menjadi contoh terbaik untuk anak-anakmu.  #syahdu#
Rindunya....
Credit adikku http://bibie-says.blogspot.com/

Kalau March is known for marching, April is known for April Fools.  Sampai kan ada shopping outlets yang buat April Fools’ sale.  What is April Fools’ day anyway?  Tak faham ambo.  A day for pranks and practical jokes?  Hmm.. hari-hari pun apa salah nya hahaha..

Kalau kat oversea satu lagi celebration ialah Easter Sunday.  Pun tak ada kena mengena ngan kita orang Islam… takat suka tengok decorations je..

April jugak bulan kebesaran kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W iaitu pada 20 April Tahun Gajah.  Nak senang ingat, jom nyanyi lagu ni.. (altogether now).

Tercipta satu lembaran sejarah di tanah suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah.

Malam Isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 April Tahun Gajah lahirlah zuriat yang sa'adah.

Abdullah nama bapanya, Siti Aminah ibunya,
Riang gembira, menyambut mulia, terima putera yang utama.

Tercipta satu lembaran sejarah di anah suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah.

Malam Isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 April Tahun Gajah lahirlah zuriat yang sa'adah.

Muhammad nama diberi,gelaran yang terpuji,
Nikmat Illahi sama disyukuri terima putera yang berbakti.

Tercipta satu lembaran sejarah di tanah suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah.

Malam Isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 April Tahun Gajah lahirlah zuriat yang sa'adah.



Note to self:  Lepas tu Rejab, Syaaban, pas tu eh.. Ramadhan dah..?  Time wait for no one.

Monday, April 01, 2013

Minat dengan mamat No. 1 ni.

Saya memang minat dengan sorang mamat ni.  Especially lepas kawin memandangkan En Suami lagi minat kat mamat ni. 
Encik Tiger

Masa mengandung siap tunggu kalau Tiger Woods main game.  Game golf ni selalunya main weekend.  So weekend yang ada tournament memang kami kat rumah mengadap TV je lah.  Minat sangat-sangat. 

Masa berpantang Tiger Woods scandals got exposed.  Frustnya jangan cakap la sebab bila someone yang kita minat buat hal, kita pun rasa 'tertipu' gitu.  Sebab he always had the clean image with his respect to his parents and his 'caring' image to his family.  Some people said because of his unconditional love for his father yang menyebabkan dia a bit lost when his father passed away and only then he started the scandals.

Whatever the reason, he was having his down moment.

Masa tu saya dan suami asyik duk membebel je kenapa la dia ni bodoh sangat.  One after another perempuan buat pengakuan.  Tapi deep down kami masih minat dia (ewah sentimental lak).  And bila ada tournament yang dia join kami still hope dia menang.  Tapi tak menang2 jugak... frust!.  And kalau dia tak main, tournament tu nampak hambar je.

Tapi saya tetap minat.  Kenapa? Sebab salute dengan cara dia berjaya sebagai professional golfer yang mana colored people tak penah join let alone excel macam dia ni.  Respect on how he looks up to his father and how his father guided him to be where he is now - at the top.  Respect dengan dia punya hard work untuk berjaya dan how he maintains his humble attitude masa tengah berjaya - career wise that is.  Besides, banyak commentator golf tournament cakap, Tiger Woods ni ada 'aura' dia tersendiri.. macam Mawi dalam AF la ibaratnya.

And now that he had his down moment, he did not give up and impressively handles it very very well.  I can not imagine how anybody can handle the humiliations any better than him.  I guess he got everyone's forgiveness when he mention the magic word 'Sorry' - the toughest word indeed.  He admitted his mistakes.  That's how he gains back people's trust.

And last weekend, Tiger Wood menang and with it, regaining the number one ranking in the official World Golf Rankings for the first time since October 2010.

Disebabkan minat sangat Tiger Woods ni masa mengandung, anak sekarang pun minat sangat tengok golf.  Dia pun dah ikut sama minat sampai kitorang nak tukar TV channel lain, dia lak sibuk marah nak tengok channel golf jugak.  Sib baik Tiger Woods dah jadi nombor satu balik Nak, seronok la jugak ibu tumpang tengok.



Layann...

Note to self: Diri sendiri pun tak penah hayun kayu golf.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...